Aug 10, 2012

InsyaAllah

Assalamualaikum.

Hati ini ingin menjadi seorang muslimah sejati tg berpegang teguh dengan ajrannya. ingin menikmati keindahn Islam itu sendiri. ingin berubah menjadi seorang yg di berkati olehnya. dijauhi dari rasa yg tidak elok dalam diri ini. memperbetulkan apa yg kurang dalam diri ini. menyucikan segala kotoran dalam diri ini. inigin menjadi seorang yg sempurna dalam Islam dan di redhai olehNya. tapi aku tahu, semua itu perlukan pengorbanan yg perlu keluar dari hati yg tulus. apabila hampir kepada kebaikan, syaitan dan iblis mula mengatur langkah untuk menarik perhatian kita supaya lalu di jalan yg salah dan sempit. aku tahu tidak mudah untuk kita kembali ke jalannya tapi dengan doa, usaha, kekutan iman kita mampu menjadi yg terbaik untukNya.
semangat yg kuat harus di tanam dalam diri supaya diri mampu dan bertahan untuk melakukan semua itu. InsyaAllah satu hari nanti kita mamapu untuk mengubahnya. berubah menjadi seorang muslimah sejati dan seorang insan yg bertaqwa. InsyaAllah.

Berikan aku masa

Berikan aku masa unutk merasa cinta itu
Jangan lah kau paksa diriku 
Kerana hati ini sudah retak 
biarlah ia bersatu dan bercantuk kembali
Supaya aku teguh meneruskan langkahku
Untuk menerima apa sahaja yg datang di hadapanku kelak

Aug 9, 2012

Sahabat

Sahabat,

Kau lah insan yg pernah aku kenal dahulu, kita menjadi rapat, kita mengetahui segala yg berlaku bersama. susah senang, suka duka kita tempuh. ke mana saja kita pergi sentiasa bersama. apa sahaja yg di lakukan akan di buat bersama. pahit ke benda itu semua kita telan. zaman sekarang sudah mendewasakan kita. semua sudah berubah dek masa. masing masing sudah dewasa dan sampai masanya untuk kita fikir tentang masa hadapan kita. walau sejauh mana pn kita berada, walau sesukar mana pn keadaan kita tapi persahabatan kita tidak akan pernah berakhir. masa dan keadaan kadang kadang buat kita tertekan akan kehidupan ini. mungkin kita dah tak boleh untuk seperti dulu tapi kita masih mempunyai satu perkataan iaitu SAHABAT. susah mana pn kita, segembira mana pn kita tapi sahabat ialah satu benda yg tidak boleh dilupakan. kerana sahabat lah tempat kita untuk melupakan segala beban, resah gelisah, keliru, kesedihan apabila bersama. kadang kala kita terlalu mementingkan nilai persahabatan dari keluarga sendiri. itulah yg di namakn keajaiban sebuah persahabatan.

Sahabat,

Andai esok kita ditakdirkan untuk tidak bersama, aku harap kau tidak mudah unutk lupakn aku. banyak kenangan antara kita yg tidak boleh dilupakn begitu saja. sejahat mana pn kita, sejahil mana pn kita di harap jangan luipakan seorang insan yg bergelar sahabat. seorang insan yg dulu pernah menceriakan hidup kita takala susah dan senang. zaman akan berubah dari masa ke masa dan persahabatan yg dulunya pernah terbina musnah begitu saja. syaitan sentiasa ada bersama kita untuk memusnahkan sebuah persahabatan dan aku berharap supaya kita jangan mudah terpedaya dengan hasutan itu, kuatkan iman dan sentiasalah berdoa unutk kesejahteraan persahabtan kita ini. dugaan juga akan tiba hanya kerana ingin menguji tahap kekuatan nilai persahbatan itu. dugaan tidak akan lekang kerana ingin menguji kekuatan persahabatn itu dan bagaimana caranya untuk kita hadapi semua itu.  jadikan semua yg kita lakukan selama ini menjadi satu kenangann yg terindah dan jadikan sebuah persahabatan ini kekal ke akhir hayatnya. hanya doa saja yg mampu kita lakukan bila kita tidak bersama kelak.  ingatlah aku dalam doamu dan ingatanmu. 

P/s : Faezatul Syazmeen, Nor Farahin, Nur Syazreen, Nur Qurratu' Aini, Noor Jawahir, Nadiah, Siti Maisara, Nur Rajaa' Khairiyah.