Aug 19, 2011

3 cara merawat hati terluka

mesti ramai yg pernah mengalaminye kn? ye, aku pn penah gak. sakit terlampau sakit. kadang2 susah nk ubat. dan merawat hati yg luka dengan secepat mungkin adalah penting untuk seseorang yang sedang mengalaminya. Ini adalah untuk mengelakkan daripada terus hidup di dalam tekanan dan mungkin boleh mencetuskan satu tindakan yang diluar kawalan. Sememangnya ia mungkin sesuatu yang agak sukar tetapi ia bukanlah mustahil. Ianya terpulang kepada diri anda sendiri untuk mengawalnya. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk merawat hati yang luka ini.

1) Menangis- Menurut kajian, cara luahan hati atau perasaan yang terbaik adalah dengan menangis. Mungkin anda kelihatan sangat teruk untuk beberapa hari mengikut jenis kekecewaan yang anda alami. Teruskan dengan tangisan anda tetapi pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama. Pasti selepas anda sudah puas menangis akan berlaku perubahan yang ketara di dalam kehidupan anda.

2) Luahkan perasaan dengan kenalan yang rapat- Suatu kekecewaan yang dialami tidak seharusnya dipendam, sebaiknya ia perlu diluahkan. Luahkan perasaan terhadap orang yang anda percayai. Jangan pendamkan perasaan sehingga ia mampu untuk mempengaruhi anda melakukan tindakan yang tidak sepatutnya.

3) Sibukkan diri- Suatu kesedihan akan terus menjadi teruk sekiranya anda hanya memikirkan mengenai kesedihan itu. Lakukan sesuatu yang mampu untuk mengalih pemikiran anda. Anda juga boleh membuat perancangan untuk masa depan

ye. dan ini lah yg aku buat bile sedih, sakit hati dan hati luka. aku rasa berkesan tp ia mengambil bnyk masa. kadang2 keadaan dan pengalaman mematangkan kite :)

No comments:

Post a Comment