Nov 19, 2012

Tahniah kawan kerana hari bahagia akan tiba. sudah sampai masanya untuk mendirikan masjid dan aku amat seronok dengan khabar itu. satu persatu akan mengecapi hari bahagia. aku ? hmm, mungkin suatu hari nanti. aku pn punya keinginan unutk berumah tangga dan menikmati keindahan di alam perkahwinan :)
 tak sabar rasanya nak tengok my bestfriend ever and ever naik pelamin. mesti cantik dan gorgeous. tinggal aku bersendirian di kampung. masing2 dah punya keluarga sendiri. harap tak lupa pada aku yg masih single ni ye :)
aku berdoa semoga kau bahagia hingga ke akhir zaman. dan harap semuanya berjalan dengan lancar. aku sedia membantu bila diperlukan.

*rasa seronok bila tengok kawan sendiri bahagia dan gembira :)

Pendam

Assalamualaikum,


Sampai bila aku harus memendam perasaan ni. aku dah tak tertahan nk menanggunya. luaran nampak gembira macam takde apa yg berlaku tapi dalaman hanya tuhan saja yg tahu betapa sakitnya hati aku memendam perasaan. bahagia itu datang sekejap sangat, knp ianya berlalu dengan pantas. bila tiba bahgia ,dugaan datang untuk menduga ku. aku pasrah. aku terima setiap apa yg terjadi. aku cuba kuat walaupun aku hampir untuk berputus asa. aku masih bersabar kerana aku tahu satu hari nanti mesti berubah segalanya. aku hanya berdoa supaya aku diberi kekuatan dan semangat untuk aku tempuh semua ni. aku memang taknak bercerita pada sesiapa. sehingga ada orang yg akan perasaan sendiri apa yg terjadi kat aku an barulah mereka bertanya dan baru aku dapat menjawabnya. aku bukan taknak bercerita tapi aku tak tahu macam mana nk luahkan. hanya orang yg rapat dgn aku dapat tahu apa yg aku alami sekarng. mereka akan secara tiba2 bertanya seolah mereka dapat tahu kesusahan yg aku tanggung sekrang. penat aku menahan rasa sayang, rindu dan hampir mencintai dalam hati seorang diri tapi tak tahu bila akan diluahkan. hanya kawan yg mampu buat aku gembira sekrang ni. mereka lah tempat aku meluahkan segalanya. aku masih bersabar dan aku beri lagi waktu sehingga sampai satu tahap dan masih belum ada apa lagi perubahan, aku terpaksa melupakn apa yg terpendam ni begitu saja dengan penuh kesakitan. aku terima apa saja ketentuanNya. aku percaya ada yg leboh baik untuk aku di luar sana.

*wahai Hamba Allah ini, aku harap kau dapat merasai apa yg aku rasa. sesungguhnya aku amat merinduimu.


Wslm...

Nov 16, 2012

Dah lama tak update. maaf, memerlukan banyak masa untuk update. dalam dilema sekarang ni. so, nak tenangkan diri dan ambik mood kejap. bye

Oct 15, 2012



Fahami maksud sebenar Bill Gates.

Sorry

Assalamualaikum..

lama dah tak update. okay, aku nak minta maaf kat wawa, nad, rajaa, sara dan yg seangkatan dengannya. bukan aku tanak sambung tapi keadaan tak mengizinkan untuk aku sambung lagi. aku dah ada comitment sekrang ni. aku tahu aku ada siblings yg boleh diharapkan untuk menyara parents dan life ktorang tapi tuh semua tak cukup. korang takkan faham apa situasi dalam family aku. aku perlu bekerja keras untuk cari duit skrg ni supya parents aku tak lagi risau dan takut nak meminta2 dan mengharap dari abg2 dan akak aku. aku yg ada sekarang ni kat rumah dan aku harus bertanggungjawab ke atas keduanya. tal lama lagi akak aku akan berpindah so mungkin lagi susah untuk menghrapkan somthing. aku tanak parents aku merungut lasi pasal adik beradik aku. biar aku plak yg bagi mereka senang sikit berbanding dulu. korang tak faham apa yg family aku lalui. biar aku je yang rasa semua ni. bagi aku cukuplah aku ada sekadar diploma. itu pn aku dah bersyukur sangat. dan lagi satu, aku dah takde hati nak sambung lagi. orang bila dah takde perasaan terhadap pelajaran jangan dipaksa. belajar harus ikut dari hati yg tulus ikhlas dari hati dan bukan kepaksaan. even, aku ada degree sekalipun, ianya tak 100% menjamin masa depan kita. biar aku bekerja dari sekarang supaya pengalaman yg aku ada sekarang ni dapat mempertingkan kualiti dan hidup aku. ramai orang kata, belajar sampai degree nnt senang dapat kerja, gaji pn banyak. sorry , tapi zaman sekrang, degree pn org dah tak pandang. orang akan melihat dari pengalaman kerja yg dulu. paling kurang pn setahun. nak dapat kerja skrg ni bukan senang. walaupn aku ada degree, tak mungkin lepas habis je exam gedebuk kerja terus datang ke kita. kita yg harus cari kerja dan itu amat sukar. aku tanak bila aku sambung, dpt result yg sedih dan menyesal. tapi itu semua bergantung pada nasib seseorang kan. mungkin rezeki dia cepat then terus dpt kerja yg selama ini diimpikan. mungkin bagi aku lain. biarlah aku dengan cara dan hidup aku. biarlah aku menjadi seorang yg berkerjaya sekarang ni dan korang masih lagi menjadi seorang student. aku tak sehebat korang dan aku tahu aku tak mampu nak menandingi korang dalam pelajaran. apa yg aku ada skrg ni pn aku dah bersyukur. aku tahu dimana aku berpijak dan berdiri sekarang ni. aku harap korang dapat menjadi seorang pelajar yg cemerlang nanti. bila aku dah bekerjaya ni, then rezeki melimpah luah boleh la aku bantu korang if ada apa2 yg kurang :)
aku harap korang faham dan tidk lagi memaksa aku. tolong lah bila berhadapan dgn aku jangan diungkit pertanyaan yg sama lagi. aku tahu korang tahu jawapannya. tolong jangan bagi aku serba salah. aku harus kuatkan semangat untuk mencapai apa yg aku inginkan selama ni. jangan bagi aku putus harapan dan patah semangat untuk aku menruskan hidup aku. aku harap korang faham dan dapat merasainya. sorry guys !

Wslmm....

Oct 9, 2012

My dreams wedding hehe


My dream ring. Looks like old fashion but its nice and simple. nampak sweet je bila memakai *angkat bakul sendiri nampak. My future husband, I want this okay ! 

Oct 2, 2012

Assalamualaikum.


Bersediakah aku untuk melalui fasa perkahwinan? jika di lihat pada umur dah boleh nak berkahwin tapi dari segi mental dan fizikal bersedia ke? aku sedang mencari kekuatan untuk menempuh fasa yg lebih serious lagi. jika sudah sampai jodoh, apa nak di tunggu lagi. benda baik jangan di lengahkan. aku harus bersedia mental dan fizikal bermula dari sekarang. siapa yang taknak berkahwin kan. sekarang aku harus mencari, menilai sesorang yang akan bergelar suami dan bapa kepada anak aku nanti. aku taknak sorang suami yang tidak menjalankan tanggunjawabnya, kerana aku takut akan bencana yg akan berlaku kelak. jika seseorang itu betul2 sesuai dan mempunyai ciri2 yg diperlukan dalam hidup dan Islam maka aku bersedia untuk dijadiakn isteri kepadanya. apa yg hanya aku lakukan adalah berdoa supaya aku di pertemukan jodoh yg terbaik dariNya. aku tahu pasti akan ada keajaiban dalam diri dan hidupku. semoga apa yg di impikan tercapai jua. supaya setiap apa jua keputusan yg dibuat adalah keputusan yg paling terbaik untuk ku. semoga aku diberi petunjuk :)